Slider

Thursday, April 26, 2018

Formula campuran tanah untuk tanam dalam pasu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pekebun-pekebun dan para pencinta tumbuhan semua. Harini saya just nak share tips campuran tanah bila kita nak start mula tanam dalam pasu. Kadang-kadang ada orang yang mula minat nak tanam kecil-kecilan dalam pasu ni tapi x tau nak start macam mana atau yang dah start tanam dalam pasu ada masalah tanah keras, bergumpal, boleh try follow formula ni next time. InsyaAllah, medium tanah yang optimum akan buat pokok anda lebih segar-bugar. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita tengok tiga formula ni.


Formula pertama - 3 : 2 : 1

Maksud 3 : 2 : 1 adalah,

3 bahagian tanah atas (topsoil) ataupun nama lain dia tanah peroi (loam). Tanah topsoil ni kita boleh tengok dan bezakan dari segi warna mereka. Tanah yang gelap (warna hitam keperangan) bermaksud kandungan bahan organik di dalam tanah itu tinggi. Tanah yang sederhana gelap pula (wana perang kekuningan) mempunyai kandungan bahan organik yang sederhana. Akhir sekali kita ada tanah yang pudar (warna kekuningan merah). Bahan organik di dalam tanah ini rendah. 

(Sumber - Sendero)

2 bahagian bahan organik. Bila kita bercakap tentang bahan organik, memang banyak pilihan sampai x tau nak pilih mana satu. Contohnya, ada yang menggunakan kompos, ada gunakan najis haiwan ternakan seperti arnab, ayam, kambing dan lembu. Selain itu, ada juga yang menggunakan sabut kelapa halus, sekam padi. Ceritanya kat sini, bahan organik fungsi dia adalah untuk membekalkan nutrisi di dalam tanah untuk mempercepatkan lagi pertumbuhan pokok kita.

(Sumber - Storyblocks)

1 bahagian pasir sungai atau pasir lombong. Diingatkan ye, pasir pantai x sesuai digunakan untuk digaul dalam campuran tanah sebab mempunyai kandungan garam yang agak tinggi. Apabila kandungan garam tinggi di dalam tanah, ia akanmembuatkan pertumbuhan pokok terbantut. Kegunaan pasir di dalam medium campuran tanah adalah sebagai rongga udara. Orang putih panggil Aeration. Tujuan dia adalah supaya akar boleh berkembang dengan senang. Alternatif lain kita boleh gunakan selain pasir adalah menggunakan Perlite atau Vermiculite. 

(Sumber - Jooinn)

Formula ini dikatakan sesuai untuk semua jenis tanaman sama ada bunga, sayur mahupun buah.


Formula kedua - 2 : 1 : 1

Sama macam di atas, nisbah 2 : 1 : 1 bermaksud, 
  • 2 bahagian tanah atas
  • 1 bahagian bahan organik
  • 1 bahagian pasir
Formula ni dikatakan sesuai untuk medium tanah semaian untuk pokok sayur.


Tips:- Kalau tak boleh dapatkan tanah atas takde masalah, boleh gunakan tanah campuran yang sedia ada dijual di nurseri. Tetapi, tuan/puan masih patut tambahkan komponen-komponen lain seperti bahan organik dan bahan pengudaraan tanah mengikut sukatan seperti yang dibincangkan di atas. 
Kenapa masih perlu tambah walaupun tanah campuran nurseri dah kata dia ada campur semua?......Kita kena faham, nurseri campur medium tanah untuk tujuan jual kat ramai orang. Jadi, sukatan dia tu kadang-kadang x cukup nak bekalkan nutrisi yang optimum kepada pokok kita.


Nota:- Untuk mereka yang dah tanam pula, tetapi tanah bermasalah boleh try tabur-tabur baja Milagro......gerenti tanah boleh sihat balikπŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰. Yang berminat nak try, boleh terus order sini. 



Tuesday, April 24, 2018

Buat racun serangga gunakan bahan di dapur

Kelmarin, saja sembang-sembang dengan admin di Milagro HQ. Ramah betul orang yang melayan. Customer service la katakan. Sembang punya sembang, dapat satu tips untuk buat racun serangga yang team Milagro guna untuk jaga tanaman. So, harini saya nak sharekan dengan sesiapa yang terbaca post ni, tips buat racun serangga perosak sendiri. Jom kita tengok apa resipinya.

Bahan A:

Bawang Putih
( x5 ulas )

 
( Sumber - Dr. Axe )

Cili Api
( x6 biji )
 
( Sumber - The Spice Pit )

Halia
( x1 Inci)

( Sumber - Mother Nature Network )

Air Masak
( 300 ml )

( Sumber - Blogspot )


Bahan B:

Minyak Masak
( x1 Sudu makan)


Cecair Sabun Pencuci Glo
( x1 Sudu makan)

( Sumber - Sam's Groceria )


Cara - Cara:

        Langkah 1:
        
          - Kisar sebati semua Bahan A  sehingga halus. 

          - Tapis Bahan A yang telah dikisar untuk dapatkan pati.

          - Asingkan hampas ke tepi.


        Langkah 2:

          - Campurkan Pati Bahan A tadi dengan Bahan B.

          - Gaul sehingga sebati dan simpan selama 24 jam di dalam bekas kosong sebelum guna. 


        Langkah 3:

          - Apabila hendak digunakan, guna sukatan 1 : 4 iaitu, 1 cawan pati dan 4 cawan air.

          - Tuang ke dalam bekas spray kosong (cth:- spray Febreeze). 

          - Spray di atas dan bawah daun pada waktu pagi dengan kadar 2 kali seminggu.   



        Tips: Pssst.......ingat lagi x hampas tadi?..........boleh dijadikan kompos untuk tanah.